Urusan surat
menyurat dan perkhidmatan kurier menjadi lebih efisyen dengan pembukaan pejabat
pos di gugusan Felda Besout ini.Salah seorang penerokawati yang juga ibu
tunggal,Hasnah Mat Kasa,51,menyatakan kelegaan dan rasa syukur kerana sebelum
ini beliau terpaksa menaiki bas untuk ke Sungkai hanya untuk mengambil bungkusan dan surat
yang dikirimkan oleh anaknya.Kini,tiada lagi pembaziran masa dan wang berlaku.
Begitu
juga,seorang anak peneroka,Hafyzee Bin Adnan turut menyatakan rasa gembira dan
berterima kasih atas pembukaan pejabat pos.Hal ini kerana,pembayaran bil
elektrik,air dan Astro boleh dilangsaikan dengan mudah.
Puan Azila Binti
Hashim,pemilik pejabat pos,memberitahu bahawa keuntungan mengendalikan
perkhidmatan ini ialah banyak,namun,bukan itu yang menjadi keutamaan
beliau.Beliau lebih menitikberatkan aspek integriti dan kejujuran dalam
menjalankan perkhidmatan demi memastikan pengguna mendapat kemudahan yang
memuaskan.Tidak hairanlah beliau diberi kepercayaan oleh para peneroka di sini
untuk mengendalikan semua urusan persuratan sejak 1980 lagi.
0 comments:
Post a Comment