Usahawan Kuih Tradisional

Friday, 2 November 2012 0 comments

Usahawan ini merupakan seorang penerokawati dari Felda Gunung Besout 2 yang dikenali sebagai Puan Habibah Binti Ismail. Beliau telah mengusahakan perniagaan kuih tradisional seperti bahulu, kuih bangkit dan banyak lagi. Perniagaan ini telah diusahakan selama 9 tahun di rumah beliau yang beralamat di No 2082 Felda Gunung Besout 2 dan telah didaftarkan atas nama Muhibbah Mesra Enterprise.

Setelah 9 tahun mengusahakan perniagaan di rumah, beliau akhirnya berjaya membuka sebuah kedai di alamat No. 6 Jalan Merpati,Felda Gunung Besout 2, 35600 Sungkai, Perak pada 11 Februari 2011. Bahkan, beliau juga telah menerima sumbangan sebuah oven, mesin telur, rak dulang kuih dan dapur yang mana berjumlah RM10000 daripada pihak Felda di bawah peruntukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).


Pelbagai jenis kuih tradisional boleh didapati di kedai beliau. Malahan, beliau juga sedia menerima tempahan untuk majlis pertunangan, hari raya dll. Sekiranya pembaca ingin membuat tempahan, bolehlah menghubungi beliau di talian 019-5403468.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

©Copyright 2012 By Nazhanland: Usahawan Industri Desa | KakiLeyPark